Satu lagi PPS dibuka di daerah Muallim

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membantu memindahkan mangsa banjir ke PPS berhampiran. Foto Ihsan APM
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membantu memindahkan mangsa banjir ke PPS berhampiran. Foto Ihsan APM
A
A
A

TANJUNG MALIM - Satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan 36 penduduk yang terjejas akibat banjir di daerah Muallim pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, kesemua mangsa kini ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Kuala Slim.

"Jumlah itu melibatkan sembilan keluarga terdiri daripada 11 lelaki, 11 wanita, 13 kanak-kanak dan seorang wanita warga emas orang kurang upaya (OKU).

"Kesemua mangsa merupakan penduduk dari Kampung Kuala Slim telah ditempatkan di PPS berkenaan yang dibuka pada jam 7 petang," katanya.

Difahamkan, banjir berlaku akibat daripada limpahan daripada air Sungai Bernam, Sungai Slim dan Sungai Trolak berhampiran ekoran hujan berterusan.

Sementara itu di Teluk Intan, Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Hilir Perak memaklumkan jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS Sekolah Menangah Abdul Rahman Talib, Changkat Jong meningkat kepada 118 orang.

Menurutnya, jumlah itu meningkat sebanyak 32 orang berbanding 86 orang yang dilaporkan setakat jam 4 petang.

"Jumlah itu melibatkan sembilan keluarga itu selepas kediaman mereka di Batu 7, Batu 7 1/2 dan Batu 10 di sini, dinaiki air.

Artikel Berkaitan:

"Jumlah itu menjadikan keseluruhan 27 lelaki, 37 wanita, 54 kanak-kanak berlindung di PPS berkenaan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!