Pemandu bas tersepit, 22 penumpang terselamat

Operasi mengeluarkan pemandu sebuah bas yang tersepit dalam nahas pagi Isnin. - Foto ihsan Bomba Perak
Operasi mengeluarkan pemandu sebuah bas yang tersepit dalam nahas pagi Isnin. - Foto ihsan Bomba Perak
A
A
A

TAPAH - Pemandu sebuah bas persiaran tersepit manakala 22 penumpang terselamat selepas kenderaan dinaiki merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 311.0 Lebuhraya Utara Selatan di sini pagi Isnin.

Panggilan kecemasan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Tapah pada jam 3.50 pagi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, pelanggaran mengakibatkan pemandu bas berusia 43 tahun tersepit di tempat duduk.

"Anggota mengeluarkan lelaki terbabit menggunakan peralatan menyelamat sebelum menyerahkan mangsa kepada pasukan perubatan untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Menurutnya, bas berkenaan yang dalam perjalanan ke arah selatan membawa 22 penumpang, namun kesemua mereka selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

"Operasi tamat pada jam 4.49 pagi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!