Klopp berang keputusan pengadil

Son menjadi watak penting buat Spurs ketika membantu pasukannya seri2-2 ke atas Liverpool
Son menjadi watak penting buat Spurs ketika membantu pasukannya seri2-2 ke atas Liverpool
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp mendakwa pengadil perlawanan, Paul Tierney mempunyai masalah dengan dirinya selepas pasukannya itu mencatatkan keputusan seri 2-2 kita bertemu Tottenham Hotspur.

Pada perlawanan tersebut tonggak pertahanan The Reds, Andy Robertson dilayangkan kad merah kerana melakukan terjahan melulu terhadap Emerson Royal, selain turut dinafikan penalti apabila Emerson menjatuhkan penyerang Diogo Jota di dalam kotak.

Spurs juga dilihat bernasib baik apabila terjahan keras Harry Kane pada babak pertama yang didakwa Klopp mampu mematahkan kaki Robertson hanya dilayangkan kad kuning.

“Saya tidak tahu apa masalah dia dengan saya. Saya sangat beremosi di dalam permainan. Saya lebih suka keputusan yang tepat di atas padang.

"Kane sepatutnya menerima kad merah, manakala untuk isu penalti pengadil memberitahu saya Jota sengaja berhenti. Ia luar biasa.

"Dia berada di kedudukan yang betul di atas padang. Anda perlu tanya dia apa masalah dia dengan saya," kata Klopp.

Pasukan Liverpool pada perlawanan itu berjaya bangkit daripada ketinggalan selepas Kane berjaya membuka tirai jaringan sebelum dua jaringan Jota dan Robertson meletakkan The Kops kembali di depn.

Bagaimanapun penyerang kelahiran Korea Selatan, Son Heung MIn menjadi wira Spurs selepas menghukum kesilapan Alisson Becker yang gagal menampan hantaran dari winks untuk memastikan perlawanan tamat dengan keputusan 2-2.

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, ini merupakan kali pertama buat Liverpool dalam tempoh empat tahun gagal untuk berada di puncak Liga Perdana Inggeris menjelang Krismas.

The Reds kini tiga mata di belakang pendahulu Manchester City, yang membelasah Newcastle 4-0.

Selepas menang lapan perlawanan dalam semua pertandingan sebelumnya, Liverpool sekali lagi meninggalkan London dengan kekecewaan selepas tewas di West Ham dan seri di Brentford musim ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!