Taufan Rai: Korban meningkat 208 orang, 50 lagi hilang
MOSCOW - Angka korban akibat Taufan Rai yang membadai Filipina minggu lepas, meningkat kepada 208 orang manakala lebih 50 lagi masih hilang, lapor Sputnik memetik media Filipina.
Sebilangan besar korban dilaporkan di wilayah Visayas Tengah (129 maut), diikuti Visayas Barat dengan 22 kematian,lapor The Manila Bulletin pada Ahad, memetik jurucakap Polis Filipina (PNP), Kol Rhoderick Augustus Alba.
Menurut akhbar itu, kematian akibat taufan turut dilaporkan di wilayah Filipina Caraga (10), Mindanao Utara (tujuh) dan Zamboanga (satu).
Lebih 180,800 orang hilang tempat tinggal dan gangguan bekalan elektrik dilaporkan berlaku di lebih 3,000 kawasan di Filipina.
Menurut pihak berkuasa banjir, lebih 332,000 penduduk terpaksa dipindahkan selepas Rai melanda Filipina pada 16 Disember yang menyaksikan empat nyawa turut terkorban. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!