Operasi SAR tiga mangsa hilang dalam banjir lumpur diteruskan
KUANTAN - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga individu yang dilaporkan hilang dalam kejadian banjir lumpur di sebuah chalet di Bentong pada Sabtu diteruskan, pada Isnin.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, sehingga jam 11.30 pagi, mangsa masih gagal ditemui.
"Operasi pencarian melibatkan 18 anggota bomba dibantu empat anjing pengesan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Dalam kejadian banjir lumpur dilaporkan jam 10.40 malam pada Sabtu itu, mangsa dipercayai hilang dibawa arus sungai.
Seramai 32 pengunjung chalet berkenaan termasuk lapan kanak-kanak berjaya diselamatkan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!