Garis panduan, kompaun mengenai Covid-19 diterbit

Khairy Jamaludin mengadakan sidang media mengenai isu banjir selepas menghadiri Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen pada Isnin. - Foto Bernama
Khairy Jamaludin mengadakan sidang media mengenai isu banjir selepas menghadiri Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen pada Isnin. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menerbitkan garis panduan dan kompaun yang lebih jelas mengenai Covid-19 sebelum Rang Undang-Undang (RUU) Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 atau Akta 342 dipinda.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, langkah itu diambil bagi memberi kefahaman yang lebih jelas kepada semua pihak.

Jelas Ahli Parlimen Rembau itu, beliau juga setuju dengan cadangan yang dibuat Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi Kesihatan, Sains dan Inovasi, Dr Kelvin Yii Lee.

"Jadi, pandangan daripada Yang Berhormat Bandar Kuching (Kelvin) tadi saya setuju. Kita akan terbitkan (garis dan panduan dan jumlah kompaun) di mana sebelum ini kita tidak terbitkan. Mungkin itu kekhilafan.

"Jadi, kita akan terbitkan garis panduan supaya jelas apakah kesalahan, apakah kompaun, nilai kompaun dan sebagainya supaya ia lebih jelas apabila saya bawa pindaan kepada Akta 342 nanti.

"Seperti yang saya sebutkan tadi, apa yang penting adalah pematuhan untuk krisis kesihatan awam ini," katanya di Dewan Rakyat di sini pada Isnin.

Khairy Jamaluddin dalam masa sama turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua ahli Dewan Rakyat yang menyokong pindaan Akta 342 itu.

Selain itu katanya, pindaan itu sekali lagi akan di bawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas sebelum dimaklumkan ke Dewan Rakyat.

Artikel Berkaitan:

Pada Isnin, Khairy Jamaluddin memberitahu Dewan Rakyat bahawa Akta 342 bagi bacaan kali kedua dan ketiga di Dewan Rakyat ditangguhkan.

Katanya, ia ditangguhkan ke sidang Parlimen akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN: Pindaan Akta 342 ditangguhkan: Khairy Jamaluddin

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!