Covid-19: Kes baharu menurun, 2,589 kes hari ini
Kali terakhir kes harian Covid-19 merekodkan angka pada paras 2,000 adalah pada 3 Mei lepas iaitu 2,500.
Ketua Pengarah Kesihatan. Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 2,589 kes baharu itu, 66 kes atau 2.5 peratus adalah kategori tiga, empat, dan lima manakala 2,523 kes atau 97.5 peratus terdiri daripada kategori satu dan dua.
“Sebanyak 379 kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan 210 kes pula memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan mengenai situasi Covid-19, pada Isnin.
Bagi kes sembuh, Dr Noor Hisham memaklumkan 3,810 kes menjadikan keseluruhan kes pulih kini 2,638,191.
Selain itu, beliau berkata Rt (kadar kebolehjangkitan) bagi seluruh negara setakat Ahad adalah 0.92.- Bernama
Pada 20 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 2,589 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,721,544 kes.
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) December 20, 2021
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP
Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!