Pos kawalan operasi banjir kecoh, Ganabatirau luah kekecewaan

Mangsa banjir beratur bagi mendapatkan bantuan makanan dan perubatan.
Mangsa banjir beratur bagi mendapatkan bantuan makanan dan perubatan.
A
A
A

SHAH ALAM - Pos Kawalan Operasi Bomba di Persiaran Kemuning Prima, di sini kecoh seketika apabila Exco Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin Selangor, V Ganabatirau meninggikan suara setelah kecewa dengan bantuan yang didakwa lambat sampai.

Bagaimanapun, insiden itu hanya seketika apabila beberapa petugas di pos kawalan itu berjaya menenangkan Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Kemuning itu.

Ganabatirau ketika ditemui berkata, beliau tidak dapat menahan perasaan kerana kecewa dengan agihan bantuan yang lambat dan ada mangsa yang masih terkandas.

Ganabatirau
Ganabatirau

"Bantuan sangat lambat, bukan sahaja daripada kerajaan Persekutuan bahkan kerajaan negeri juga. Saya tidak mahu bergaduh dengan sesiapa, tapi ini realitinya.

"Apabila saya tanya, mereka kata sukar nak masuk sebab jalan tak boleh diakses. Tapi, kenapa badan-badan bukan kerajaan (NGO) boleh sampai ke sini dan agihkan bantuan?

"Sukarelawan yang banyak bantu mengagihkan makanan kepada mangsa. Saya juga keluarkan wang sendiri beli makanan untuk mangsa yang terlibat," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Mangsa banjir mendaftar di Pos Kawalan Operasi Bomba.
Mangsa banjir mendaftar di Pos Kawalan Operasi Bomba.

Kawasan Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini antara kawasan yang terjejas teruk akibat banjir sejak Jumaat lalu.

Sejumlah 321 petugas dan pasukan penyelamat digerakkan ke kawasan itu, merangkumi bomba, polis, Angkatan Tentera Malaysia, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Angkatan Pertahanan Awam, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Kementerian Kesihatan, Pejabat Daerah Petaling, Skuad Bantuan Krisis MCA dan badan bukan kerajaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!