'Saya sendiri terkandas lapan jam'- Mat Sabu

Mohamad Sabu
Mohamad Sabu
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen pembangkang mempersoal kelewatan aset-aset agensi kerajaan seperti bot diatur gerak untuk menyelamatkan mangsa banjir sehingga ada yang terkandas dalam tempoh yang lama.

Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) berkata, keadaan itu tidak sepatutnya berlaku sekiranya Perdana Menteri atau menteri berkaitan memberikan arahan segera.

"Soalnya bukan bantuan wang itu segera. Soalnya mana bot tentera, bot polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Banyak nelayan menawarkan diri untuk bawa bot mereka (untuk bantu mangsa banjir).

"Bot nelayan tidak sesuai kerana ia besar di bawah. Sememangnya kita terkandas begitu lama dan saya sendiri terkandas lapan jam di satu stesen minyak.

"Orang kata, mana wakil rakyat tidak nampak muka. Nak nampak muka macam mana kita pun terkandas. Tidak boleh keluar.

"Jadi keadaan cukup mencemaskan, tentera, polis, saya tidak tahu apa menteri dan Perdana Menteri buat ketika situasi sebegini. Keadaan yang begitu teruk, ini bukan banjir biasa," katanya di Dewan Rakyat di sini pada Isnin.

Tambah Mohamad, adalah mustahil bantuan lewat sampai sekiranya pasukan keselamatan menerima arahan segera daripada kepimpinan tertinggi pasukan.

"Tentera kita cukup cekap. Kita arah sahaja mereka akan bergerak. Tapi tidak ada arahan.

Artikel Berkaitan:

"Ini yang saya cukup hairan kenapa kita jadi begitu," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!