Sekat kebebasan media, Najib dakwa PH bimbang

Status Facebook Najib.
Status Facebook Najib.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa tindakan kerajaan PH menyekat kebebasan bersuara di laman sosial disebabkan 'takut' lebih banyak kesalahan dilakukan kerajaan baharu itu dibongkar.

Menurutnya, tindakan PH itu jelas tidak selari dengan apa yang diperjuangkan ketika gabungan parti itu bergelar pembangkang sebelum ini.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan turut mempersoalkan di mana hak rakyat serta demokrasi semak dan imbang yang diperjuangkan selama ini.

“Mula-mula PH kata nak delete apa yang kita tulis di Facebook dan Twitter. Sekarang pula kata tak boleh guna laporan berita dan media sosial di Parlimen.

“Amboi. Bertahun-tahun Pakatan Harapan gunakan sebagai bahan boleh.Tiba-tiba tak boleh pakai dah.

“Hanya kerana yang diungkit ialah isu terowong di Pulau Pinang?. Kita semua tahu ada juga laporan media yang berasaskan kepada fakta,”katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya hari ini.

Hantaran Najib itu dipercayai merujuk kepada kenyataan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, hari ini, yang tidak membenarkan kenyataan berdasarkan laporan media atau media sosial tidak boleh lagi dibangkitkan dalam perbahasan Dewan Rakyat.

Terdahulu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia dilaporkan mempertimbang keperluan untuk mengambil tindakan ke atas pengendali portal berita yang membiarkan pembacanya meninggalkan komen yang menyentuh sensitiviti kaum, agama dan institusi diraja.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!