Kedah sumbang RM200,000 bantu rakyat Selangor terjejas banjir

Muhammad Sanusi
Muhammad Sanusi
A
A
A

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah mengumumkan akan menghulurkan sumbangan khas kepada kerajaan Selangor sebanyak RM200,000 dengan seberapa segera bagi membantu rakyat negeri tersebut yang ditimpa musibah banjir.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kerajaan Kedah amat bersimpati dan berdukacita dengan musibah banjir besar yang melanda penduduk dan kesukaran penduduk akibat kemusnahan harta benda.

Menurutnya, sumbangan tersebut juga adalah sebagai tanda kebersamaan rakyat Kedah bersama dengan seluruh mangsa banjir di Selangor.

"Sebagai tanda kebersamaan kami rakyat Kedah dengan seluruh mangsa banjir di Selangor, kerajaan Kedah akan menghulurkan sumbangan khas kepada kerajaan Selangor sebanyak RM200,000.

"Sumbangan ini akan diuruskan oleh Pejabat Pegawai Kewangan Negeri seberapa segera. Semoga bantuan kecil ini dapat membantu rakyat dan kerajaan Selangor," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Muhammad Sanusi berkata, selain sumbangan kerajaan negeri, pihak Khidmat Malaysia Cawangan Kedah juga sedang menggerakkan kutipan sumbangan untuk dibawa ke Selangor bersama aset dan petugas untuk membantu penduduk di sana.

"Semoga seluruh bantuan yang sedang diusahakan akan membantu mereka menghadapi kesukaran pasca banjir," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!