Semua ahli majlis perbandaran Hamtramck di AS beragama Islam

Semua anggota majlis Bandar Hamtramck termasuk Datuk Bandarnya merupakan penganut Islam. - Foto AP
Semua anggota majlis Bandar Hamtramck termasuk Datuk Bandarnya merupakan penganut Islam. - Foto AP
A
A
A

LANSING - Hamtramck bakal menjadi bandar pertama di Amerika Syarikat (AS) yang mana semua anggota majlis perbandarannya terdiri daripada orang Islam.

Ini adalah kerana Datuk Bandarnya, Amer Ghalib akan memegang jawatan tersebut secara rasmi pada 2 Januari tahun depan bersama-sama dengan keseluruhan anggota majlis perbandaran tersebut yang menganut agama itu.

Sebelum ini, sejak 99 tahun penubuhannya, setiap datuk bandar Hamtramck ialah warga Poland Amerika.

Pada tahun 2020, jumlah penduduknya ialah lebih 20,000 orang dan ia sebelum ini dikenali sebagai 'Warsaw Kecil', kerana mempunyai bilangan penduduk berketurunan Poland yang ramai.

Bagaimanapun, banyak kilang telah ditutup menyebabkan ramai rakyat Poland generasi kedua dan ketiga telah berpindah ke pinggir bandar raya Detroit dan dalam dua dekad yang lalu sebahagian besar warganya ialah pendatang dari Yemen dan Bangladesh.

Menurut CNN yang memetik warga tempatan, para pendatang itu kemudian mengambil tempat warga Poland tersebut dan Hamtramck kini mempunyai majoriti penduduk Islam.

Amer pula menang dalam pilihan raya Datuk Bandar pada bulan lalu dengan menewaskan penyandang jawatan, Karen Majewski. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!