Dapatkan keputusan SPM di PPD Pasir Gudang

No Image Caption
A
A
A

JOHOR BAHRU - Calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 bagi sekolah yang terjejas akibat bencana pencemaran sisa bahan kimia, boleh mendapatkan keputusan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Gudang, esok.

Calon boleh mendapatkan keputusan masing-masing di PPD Pasir Gudang yang terletak di Bandar Baru Kota Puteri, Pasir Gudang selepas jam 10 pagi.

Dalam satu kenyataan, Lembaga Peperiksaan (LP) Kementerian Pendidikan memaklumkan calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2018 melalui mySMS 15888.

Perkhidmatan tersebut akan diaktifkan bermula 10 pagi esok, dan akan ditamatkan pada 6 petang, 20 Mac ini.

Keputusan juga boleh disemak melalui laman web LP di alamat sppat.moe.gov.my/semakan.

LP memaklumkan pihaknya prihatin dengan situasi dihadapi oleh calon yang terjejas dengan bencana tersebut, dan akan memastikan calon dapat menyemak keputusan SPM 2018 di tempat lain yang lebih selamat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!