Gotong-royong bina alur sungai ke laut kurangkan limpahan air

Beting pasir yang terbentuk di kuala Pantai Suri dikorek oleh para nelayan dan penduduk bagi mengelak limpahan Sungai Kelantan yang boleh mengakibatkan banjir.
Beting pasir yang terbentuk di kuala Pantai Suri dikorek oleh para nelayan dan penduduk bagi mengelak limpahan Sungai Kelantan yang boleh mengakibatkan banjir.
A
A
A

KOTA BHARU - Lebih 50 nelayan di Kota Bharu dan Tumpat mengambil bergotong-royong mengorek pasir bagi membina laluan air dari Sungai Kelantan ke pantai di Kuala Pantai Suri, Kuala Besar di sini pada Isnin.

Seorang daripada mereka, Hazahar Mat Sanisah, 49, berkata, kerja-kerja mengorek pasir sedalam hampir dua meter itu dilakukan bermula jam 8 pagi.

Katanya, langkah itu diambil setiap kali musim tengkujuh sejak tahun lalu bagi mengurangkan limpahan air dari Sungai Kelantan ke 11 perkampungan pulau berhampiran di Tumpat dan Kota Bharu.

“Seolah-olah acara tahunan, nelayan dan penduduk di 11 perkampungan pulau di sini akan turun bekerjasama membina saluran air bagi mengalirkan limpahan sungai ke kawasan pantai berhampiran.

“Pasir yang dikorek tersebut sedalam dan selebar hampir dua meter dengan panjang sejauh 50 meter di kawasan beting pasir di kuala ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Kuala Besar di sini pada lewat petang Isnin.

HANAPI MAT HASSAN
HANAPI MAT HASSAN

Seorang lagi nelayan, Hanapi Mat Hassan, 54, berkata, alur yang dibina tersebut akan melebar dengan lebih besar sehingga 50 meter dan berkesan mengalirkan air Sungai Kelantan di kawasan itu ke arah pantai seterunya ke laut.

“Beting pasir yang terbentuk di kuala ini berlaku sejak setahun lalu menyebabkan kami mengambil langkah untuk membina alur bagi membolehkan air melaluinya.

Artikel Berkaitan:

“Alur yang dibina ini akan tertimbus kembali dan tertutup semula bergantung kepada keadaan cuaca yang berlaku manakala kami akan datang bergotong-royong mengoreknya semula bagi tujuan sama,” katanya.

Zakaria Husain
Zakaria Husain

Sementara itu, seorang penduduk, Zakaria Husain, 50, berkata, langkah tersebut bukan sahaja mengurangkan limpahan sungai yang boleh menyebabkan banjir di kampung-kampung berhampiran malah turut memudahkan bot nelayan pergi ke laut.

“Sebahagian nelayan di kawasan kepulauan Tumpat terpaksa menggunakan laluan lebih jauh di Kuala Besar untuk keluar ke laut berbanding lebih dekat apabila ada laluan baru di alur yang baru dibina.

“Kerja-kerja gotong-royong ini pula dilakukan secara sukarela membabitkan nelayan selain turut disertai oleh penduduk sekitarnya dengan hanya menggunakan penyodok dan cangkul,” katanya.

Alur dibina dari tebing Sungai Kelantan menghala ke Pantai Suri bagi mengalirkan limpahan sungai ke pantai.
Alur dibina dari tebing Sungai Kelantan menghala ke Pantai Suri bagi mengalirkan limpahan sungai ke pantai.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!