Lelaki OKU antara lapan korban banjir di Pahang

Bencana banjir yang melanda negeri ini sejak Sabtu lalu turut mengorbankan tujuh mangsa lain.
Bencana banjir yang melanda negeri ini sejak Sabtu lalu turut mengorbankan tujuh mangsa lain.
A
A
A

RAUB - Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) dari Kampung Kuala Semantan, Cheroh di sini antara lapan korban bencana banjir di negeri ini.

Mayat mangsa, Ahmad Zaki Yaacob, 55, ditemukan dalam air banjir tidak jauh dari rumahnya pada pagi Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Kama Azural Mohamed berkata, mayat mangsa ditemukan penduduk sebelum dibawa ke Balai Polis Cheroh di sini menggunakan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.

Menurutnya, mangsa yang mengalami masalah lembam sejak lahir dipercayai tinggal bersama keluarganya di kampung berkenaan.

"Mangsa dipercayai lemas sebelum mayatnya ditemukan dan dibawa ke Balai Polis Cheroh kira-kira jam 7.55 pagi pada hari berkenaan," katanya melalui satu kenyataan pada Selasa.

Kama Azural berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raub untuk proses bedah siasat.

"Hasil ujian Covid-19 yang dilakukan ke atas mayat mangsa didapati dia negatif virus itu," katanya.

Bencana banjir yang melanda negeri ini sejak Sabtu lalu turut mengorbankan tujuh mangsa lain.

Artikel Berkaitan:

Dua kematian dilaporkan di daerah Kuantan dan lima di daerah Bentong.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!