Banjir: Lapan jalan utama di Selangor masih ditutup

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Lapan jalan utama di lima kawasan di negeri ini masih ditutup untuk dilalui kenderaan sehingga jam 10 pagi Selasa.

Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan, antara jalan yang ditutup melibatkan jalan raya di Subang Jaya, Kuala Langat, Sepang, KLIA dan Hulu Selangor.

"Bagi kawasan di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, antara jalan yang ditutup melibatkan Lorong Ikan Sepat Kampung Bukit Lanchong, Putra Heights, Lorong Ikan Keli Kampung Bukit Lanchong, Putra Heights, Lorong Ikan Haruan Kampung Bukit Lanchong, Putra Heights dan Jalan Kampung Kuala Sungai Baru, Putra Heights.

"Bagi kawasan di bawah IPD Kuala Langat melibatkan satu jalan iaitu Jalan Olak Lempit ke KLIA manakala kawasan IPD Sepang melibatkan Jalan Bandar Baru Salak Tinggi ke Kota Warisan," katanya.

Katanya, terdapat dua jalan yang hanya dibuka untuk kenderaan ringan melibatkan kawasan pentadbiran IPD KLIA manakala satu jalan ditutup melibatkan IPD Hulu Selangor.

"Antaranya melibatkan IPD KLIA adalah Jalan bulatan Masjid KLIA menghala Charterfield KLIA dan Jalan Banting menghala ke Nilai (Hadapan Bomba KLIA) dibuka untuk kenderaan ringan sahaja.

"Bagi kawasan pentadbiran IPD Hulu Selangor melibatkan Jalan Kuala Kubu Bharu - Bukit Fraser menghala ke Peretak dibuka untuk kenderaan ringan sahaja," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!