Minamino pilihan utama berdepan Foxes

Minamino (kanan) bakal beaksi dalam kesebelaan utama. - Foto AFP
Minamino (kanan) bakal beaksi dalam kesebelaan utama. - Foto AFP
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp mengesahkan Takumi Minamino bakal beraksi dalam kesebelasan utama pasukan bagi mengharungi aksi suku akhir pertama Piala Liga di Anfield pada Khamis.

Menurut Kloppp, Minamino dilihat sebagai pilihan terbaik bagi menggalas tugas mengemudi bahagian tengah The Reds berikutan ketiadaan tonggak utama Jordan Henderson, Thiago Alcantara, Fabinho.

“Kita berdepan masalah kecederaan pemain dan untuk aksi berdepan Leicester nanti, mungkin ada pemain yang akan beraksi ‘di luar’ posisinya.

“Minamino dan (Alex) Oxlade Chamberlain dijangka diturunkan pada perlawanan ini bagi membantu memperkuatkan pasukan.

“Bagaimanapun, kita mungkin tidak dapat menurunkan Divock Origi berikutan masalah kecederaan yang dialaminya; apa pun kita masih memiliki masa untuk menentukan pemain yang akan diturunkan dan memastikan ia adalah barisan yang terbaik,” katanya.

Untuk rekod, dua tahun lalu, Liverpool telah mara ke suku akhir Piala Liga, namun terpaksa menurunkan kesebelasan pemain muda berikutan pemain utama beraksi dalam kejuaraan Kelab Dunia di Qatar.

Kini, The Reds berdepan pula dengan masalah kecederaan ramai pemain kali ini dan menyaksikan Klopp perlu berhati-hati membuat pilihan pemain yang akan diturunkan pada aksi suku akhir berkenaan.

Sementara itu Klopp menegaskan Kostas Tsimikas dilihat sebagai calon paling sesuai bagi menggantikan Andy Robertson yang dilayangkan kad merah ketika berdepan Tottenham Hotspur, pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Malah katanya, Tsimikas juga dijangka terus beraksi di posisi berkenaan berikutan Robertson tidak akan beraksi bagi tiga perlawanan akan datang gara-gara layangan kad merah berkenaan.

“Tsimikas adalah pilihan terbaik setakat ini dan diharapkan kehadirannya mampu memperkuatkan benteng pertahanan pasukan,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!