Banjir ragut 66 nyawa di Mozambique

Wilayah Beira turut terjejas akibat banjir.
Wilayah Beira turut terjejas akibat banjir.
A
A
A

MAPUTO - MOZAMBIQUE. Sekurang-kurangnya 66 orang terkorban selepas hujan lebat melanda tengah dan utara Mozambique, kata pemerintah ketika merayu dana untuk menguruskan krisis.

Banjir berkenaan turut menjejaskan kira-kira 141,000 orang.

"Kerajaan telah menetapkan amaran merah akibat hujan berterusan dan kedatangan siklon tropika Idai, dijangka tiba di negara ini antara esok dan Jumaat," kata jurucakap Kabinet, Ana Comoana.

Banjir di salah satu negara termiskin di Afrika itu telah memusnahkan 5,756 rumah.

Lebih 168,000 hektar tanaman juga musnah.

Pihak berkuasa telah mengarahkan pemindahan paksa ke atas penduduk yang tinggal di kawasan terjejas banjir. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!