'Seikhlas hati, saya halalkan...'
SHAH ALAM – Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) tidak menyokong perbuatan pecah masuk dan mencuri dalam premis MYDIN Mart, Taman Sri Muda di sini yang hangat dibincangkan di media sosial dan media tempatan.
Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, bagaimanapun dalam keadaan darurat, mungkin mereka yang terlibat dalam kejadian itu tiada pilihan dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut demi kelangsungan hidup.
“Dengan seikhlas hati, saya menghalalkan mereka yang melakukan perbuatan tersebut dengan niat meneruskan kelangsungan hidup akibat bantuan yang tiba lambat dan bukan dengan niat yang sebaliknya,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.
Beliau turut menyeru orang ramai berdoa kepada ALLAH SWT supaya mereka semua terselamat dan bencana banjir serta pandemik Covid-19 pulih seperti biasa.
Pada Isnin, polis mengesahkan terdapat beberapa kejadian pecah kedai serbaneka berlaku di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kejadian dipercayai berlaku antara jam 1 hingga 2 petang yang turut membabitkan MYDIN Mart, KK Mart, 7 Eleven dan Pasaraya Jimat.
ARTIKEL BERKAITAN:Mangsa banjir pecah masuk kedai cari makanan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!