PKPS bantu mangsa banjir, sedia 2,000 pek makanan sehari

Mohamad Khairil (kiri) bersama-sama kakitangan PKPS menyiapkan makanan tengah hari kepada mangsa banjir sekitar Shah Alam.
Mohamad Khairil (kiri) bersama-sama kakitangan PKPS menyiapkan makanan tengah hari kepada mangsa banjir sekitar Shah Alam.
A
A
A

SHAH ALAM - Warga Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berganding bahu menyediakan makanan tengah hari untuk diedarkan penduduk terjejas banjir sekitar Shah Alam.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS, Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi berkata, PKPS memperuntukkan sebanyak RM3,000 sehari bagi menyediakan antara 1,500 hingga 2,000 makanan panas di bawah program Dapur Ehsan.

Menurutnya, inisiatif itu sebagai menyahut seruan kerajaan negeri membantu meringankan beban mangsa banjir.

"Sebagai permulaan makanan yang siap dimasak ini akan diedarkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kepada mangsa termasuk di pusat pemindahan serta lokasi banjir.

Kakitangan PKPS menyiapkan makanan tengeh hari Dapur Ehsan kepada mangsa banjir.
Kakitangan PKPS menyiapkan makanan tengeh hari Dapur Ehsan kepada mangsa banjir.

"Kita juga akan berkolaboratif dengan agensi peringkat pusat termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) supaya misi bantuan lebih tersusun selepas ini," katanya pada Program Dapur Ehsan di Kediaman Rasmi Datuk Menteri Besar Selangor di Seksyen 7 pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, Dapur Ehsan menerima sumbangan barangan daripada penyewa dan pemborong Pasar Borong Selangor.

"Pada masa sama, kita juga mengambil bahan dari ladang Selangor Fruit Valley di Bestari Jaya yang turut membantu mengurangkan kos pembelian produk termasuk telur, ayam dan daging.

"Program ini akan diteruskan selama mana khidmat ini diperlukan. Kami akan sokong segala inisiatif kerajaan negeri membantu mangsa banjir," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!