Baiki segera jalan rosak akibat tanah runtuh di Bukit Tangga: PM

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu kerja-kerja pembaikan jalan raya akibat tanah runtuh di Bukit Tangga, Jelebu, Negeri Sembilan dilakukan dengan cepat bagi membolehkan akses jalan raya dapat dilalui antara Seremban-Jelebu.

Menerusi catatan yang dimuat naik di Facebook, beliau berkata, kerja-kerja pembaikan sedang dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi memastikan aktiviti harian rakyat tidak terganggu.

“Jalan utama ini digunakan oleh ramai rakyat untuk ke bandar utama. Kita tidak mahu aktiviti harian rakyat tersekat,” kata Perdana Menteri yang turun meninjau lokasi kejadian tanah runtuh di Bukit Tangga, Jelebu, yang merupakan lokasi pertamanya dalam lawatan ke negeri itu.

Pada Ahad lepas, media melaporkan berlaku kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Tangga menghala Jelebu, susulan hujan lebat. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!