Neelofa, Haris kekal dilepas tanpa dibebaskan

Neelofa dan Muhammad Haris serta barisan peguamnya ketika hadir di Mahkamah Majistret Seremban pada Selasa.
Neelofa dan Muhammad Haris serta barisan peguamnya ketika hadir di Mahkamah Majistret Seremban pada Selasa.
A
A
A

SEREMBAN - Mahkamah Majistret Seremban pada Selasa mengekalkan keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) selebriti dan usahawan, Noor Neelofa Mohd Noor dan suami, Muhammad Haris Ismail daripada pertuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 2 Mei lalu.

Majistret Mohd Firdaus Saleh membuat keputusan itu selepas meneliti hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan.

Sebelum itu pihak pembelaan yang diketuai peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu mahkamah yang anak guamnya telah menyelesaikan tiga bayaran kompaun yang masing-masing bernilai RM10,000.

"Jadi saya mohon supaya perintah DNAA itu ditukar kepada dilepaskan dan dibebaskan (DNA)," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Aling memberitahu, beliau tidak ada bantahan terhadap permohonan pihak pembelaan.

Sementara itu Neelofa yang hadir ke mahkamah hanya menggelengkan kepala ketika ditanya pemberita sama ada mahu memberikan ulasan terhadap keputusan mahkamah itu.

Pada 1 Disember lalu, Sinar Harian melaporkan mahkamah melepas tanpa membebaskan pasangan selebriti terbabit atas pertuduhan disabitkan terhadap mereka dan menetapkan 21 Disember bagi membuat keputusan membebaskan kedua-duanya.

Sebelum itu, kedua-duanya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan melanggar SOP PKPB pada 20 Mei lalu.

Artikel Berkaitan:

Kedua-dua mereka dituduh di bawah Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.

ARTIKEL BERKAITAN: Langgar SOP PKPB: Neelofa, suami lepas tanpa bebas

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!