Bilangan mangsa banjir di Pahang turun kepada 40,663

Keadaan banjir di kawasan Cenderawasih di sini yang mula surut pada petang Selasa.
Keadaan banjir di kawasan Cenderawasih di sini yang mula surut pada petang Selasa.
A
A
A

KUANTAN - Bilangan mangsa banjir yang dipindahkan di negeri ini menunjukkan sedikit penurunan kepada 40,663 orang sehingga jam 6 petang berbanding 41,455 mangsa yang direkodkan jam 4 petang hari sama.

Jumlah terkini mangsa yang berada di 279 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) melibatkan 11,060 keluarga dari sembilan daerah terjejas.

Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang, Kuantan merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan 20,602 orang daripada 5,493 keluarga, Temerloh (9,746 mangsa dari 2,798 keluarga), Raub (1,435 mangsa dari 385 keluarga), Lipis (2,093 mangsa dari 641 keluarga) dan Jerantut (1,806 mangsa dari 502 keluarga),

Bentong (1,755 mangsa daripada 435 keluarga), Maran (474 mangsa daripada 123 keluarga), Pekan (1,107 mangsa daripada 345 keluarga) dan Bera (1,565 mangsa daripada 438 keluarga).

Sebanyak lapan kes kematian direkodkan akibat banjir di negeri ini dengan lima kematian di Bentong, dua di Kuantan dan satu kes di Raub.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!