Amaran hujan berterusan di empat negeri ditamatkan
KUALA LUMPUR - Amaran hujan berterusan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak yang dikeluarkan pagi tadi, ditamatkan.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, ia berikutan keadaan cuaca di negeri-negeri berkenaan dijangka bertambah baik.
Menurut beliau, orang awam boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan itu.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi hotline MetMalaysia di 1-300-22-1638. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!