Penduduk dah penat

Sebahagian besar penduduk mengakui bahawa kerja-kerja membersihkan kediaman amat memenatkan. - Foto EPA
Sebahagian besar penduduk mengakui bahawa kerja-kerja membersihkan kediaman amat memenatkan. - Foto EPA
A
A
A

SHAH ALAM - Tiga hari selepas banjir teruk melanda Lembah Klang, penduduk masih bertungkus-lumus membersihkan kediaman masing-masing yang berlumpur dengan kebanyakan barangan rosak.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, sebahagian besar penduduk mengakui bahawa kerja-kerja membersihkan kediaman amat memenatkan sehingga ada yang mengalami kecederaan.

Kren operator, Murugan Krishnan, 50, memberitahu, salah seorang ahli keluarganya terseliuh pada pergelangan kaki akibat terjatuh ketika membersihkan rumah mereka.

"Ada yang jatuh sehingga kaki terseliuh semasa mengemas sebab lantai licin.

"Kami tidak biasa sebab bencana banjir besar seperti ini kali pertama berlaku selepas 29 tahun kami tinggal di sini," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Dalam pada itu, supervisor tapak, Tarmizi Mahayabin, 40, berkata, bahawa kerja membersihkan kesan banjir di kediamannya itu agak sukar dan mengambil masa yang lama.

Sebahagian besar penduduk mengakui bahawa kerja-kerja membersihkan kediaman amat memenatkan.
Sebahagian besar penduduk mengakui bahawa kerja-kerja membersihkan kediaman amat memenatkan.

Ujarnya, dia terpaksa mengambil cuti tambahan kerana menjangkakan mereka sekeluarga perlu sekurang-kurangnya seminggu untuk membersihkan rumah.

Artikel Berkaitan:

"Kami mula membersihkan rumah bermula dari Isnin lagi tetapi jika hari ini belum siap, saya kena sambung cuti lagi," ujarnya.

Dalam pada itu, pekerja operasi penerbangan, Khairul Azlinizam, 40, berkata, mereka seluarganya agak terkejut kerana tidak mempunyai sebarang persediaan untuk menghadapi banjir.

Bagaimanapun, menurutnya, persatuan komuniti jiran rumahnya membantu mereka dalam memudahkan urusan pembersihan kediaman mereka.

"Alhamdulillah, ada komuniti jiran yang membantu, setengah orang yang buat kerja-kerja memasak, manakala selebihnya tolong bantu kemaskan rumah," jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!