Piala Liga: Arsenal semakin tajam menikam

Nketiah pencetak hatrik buat Gunners di Emirates.
Nketiah pencetak hatrik buat Gunners di Emirates.
A
A
A

KELAB Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal mencipta sensasi di saingan Piala Liga apabila membelasah kelab Divisyen Satu, Sunderland 5-1 di Stadium Emirates dalam perlawanan suku akhir.

Pada perlawanan itu, Arsenal kendalian Mikel Arteta terlebih dahulu mendahului The Black Cats menerusi jaringan Eddie Nketiah bintang muda The Gunners berusia 22 tahun yang juga tonggak skuad Bawah 21 Tahun England pada minit ke-17'.

Pelawat yang berada di tangga keempat Divisyen Satu terus hilang rentak apabila tonggak The Gunners, Nicolas Pépé yang juga bekas pemain kelab Ligue 1, Lille melebarkan jaringan tuan rumah pada minit ke-27.

Biarpun begitu pelawat kendalian

Lee Johnson kembali memberi saingan apabila mengurangkan defisit gol menerusi pemain berusia 23 tahun, Nathan Broadhead untuk kedudukan 2-1 separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Arsenal yang memperkemaskan corak permainan tampil lebih garang apabila meledak lagi gol menerusi Nketiah pada minit ke-49' dan 58', untuk hatriknya pada perlawanan tersebut.

Bintang skuad Bawah 19 Tahun England, Charlie Patino yang dimasukkan pada minit je-80' mengantikan Emile Smith Rowe membalas kepercayaan Arteta apabila melengkapkan kemenangan bergaya kelab London tersebut pada minit ke-91', sekali gus memacu Arsenal ke separuh akhir.

KEPUTUSAN

Artikel Berkaitan:

Piala Liga Inggeris

Suku akhir

Arsenal 5-1 Sunderland

Nketiah (17', 49', 58')

Pépé (27')

Broadhead (31')

Patino (91')

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!