Suara aneh di bulan Musytari
WASHINGTON - Sebuah kapal angkasa penjelajah milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) telah merakamkan suara aneh yang datang dari Ganymede iaitu bulan terbesar planet Musytari.
Trek audio selama 50 saat itu diperoleh dari data yang dikumpulkan dari kapal angkasa tersebut, Juno pada 7 Jun lalu menurut sebuah makmal NASA yang mendedahkan penemuan tersebut baru-baru ini.
Bulan itu mempunyai diameter 5,262 kilometer dan saiznya lebih besar daripada planet Utarid dan Pluto.
Pengarah Bahagian Program Angkasa Lepas Institut Penyelidikan Barat Daya di San Antonio dan juga penyiasat untuk misi kapal angkasa tersebut, Dr Scott Bolton berkata, anda dapat mendengar perubahan mendadak ke frekuensi yang lebih tinggi di sekitar titik tengah rakaman berkenaan.
Bagaimanapun, analisis rakaman suara itu masih lagi dikaji.
Kapal angkasa itu dilancarkan dari Cape Canaveral, Florida pada bulan Ogos 2011 untuk mengkaji tentang Musytari dan tiba di orbit planet tersebut pada Julai 2016. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!