Banjir: Pintu air Taman Sri Muda mula beroperasi semula
SHAH ALAM - Pintu air di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini sudah beroperasi semula walaupun kerja-kerja pembersihan di kawasan itu berdepan kesukaran sejak Selasa.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari melalui Twitter miliknya pada Rabu memaklumkan, pintu air itu menggunakan bekalan tenaga dan generator Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Menurutnya, usaha itu berjaya selepas Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bekerja keras mengalih kenderaan yang tersadai akibat dibawa arus banjir.
"Semalam (Selasa) MBSA dan ATM kerja keras sampai jam 3 pagi (pada Rabu) alihkan kenderaan tersadai yang telah halang dari generator dibawa ke pintu air.
"Dengan pintu air beroperasi proses penyurutan akan lebih pantas," ciapnya.
Pada Selasa, Exco infrastruktur dan pertanian Selangor Izham Hashim ketika dihubungi media memaklumkan, paras air di Taman Sri Muda surut pada kadar lebih perlahan berikutan pintu air yang 'tersekat'.
Kemaskini ( Sri Muda ) - Pintu air dapat beroperasi semula dgn bekalan tenaga dan generator TNB. Smlm MBSA & ATM kerja keras sampai jam 3am alihkan kenderaa tersadai yg telah halang dari generator di bawa ke pintu air. Dgn pintu air beroperasi proses penyurutan akan lebih pantas
— Amirudin Shari (@AmirudinShari) December 22, 2021
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!