Buruh terima upah RM1,000 seminggu jadi penghantar pil yaba

10,000 biji pil yaba bernilai RM100,000 dirampas polis selepas menahan seorang buruh dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Bayu Lalang Banggol Chicha, Pasir Mas pada Selasa.
10,000 biji pil yaba bernilai RM100,000 dirampas polis selepas menahan seorang buruh dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Bayu Lalang Banggol Chicha, Pasir Mas pada Selasa.
A
A
A

PASIR MAS - Polis menahan seorang lelaki dan merampas 10,000 pil yaba bernilai RM100,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Bayu Lalang Banggol Chicha di sini pada Selasa.

Lelaki berusia 33 tahun itu ditahan di bahagian dapur rumah dan pemeriksaan ke atas beg silang suspek di atas lantai menemui 2,000 biji pil yaba.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, polis turut menemui 8,000 pil sama dalam bungkusan baju hujan.

Menurut beliau, suspek dipercayai menerima upah sebanyak RM1,000 setiap kali penghantaran dilakukan ke lokasi yang ditentukan.

"Suspek tidak mengaku dadah yang bernilai RM100,000 ditemui dalam rumah itu adalah miliknya ketika soal siasat dilakukan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata, suspek mengaku mengambil upah sebagai penghantar dadah daripada seorang individu dikenali sebagai Din dan mendapat upah sebanyak RM1,000 seminggu.

"Suspek memberitahu, kebiasaan penghantaran dilakukan sebanyak satu hingga dua kali seminggu," katanya.

Sementara itu, Mohd Nasaruddin berkata, serbuan di Kampung Tujuh, Tumpat membawa kepada penangkapan Din yang berusia 35 tahun bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, hasil soal siasat awal, suspek mengaku dadah yang dijumpai adalah miliknya dan telah mengarahkan suspek pertama dikenali sebagai Keriuntuk mengambil dan menghantar dadah kepada pelanggan lain.

"Upah akan dibayar setelah kerja itu diselesaikan dan Din turut mengaku mendapatkan bekalan dadah daripada seorang lelaki yang dikenali sebagai Yoe yang tinggal di sekitar Rantau Panjang.

"Semasa serbuan dilakukan, polis tidak menjumpai barang salah di dalam dan luar kawasan rumah suspek," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1) (a) ADB 1952.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!