Pengurusan banjir tidak sama di setiap tempat: MKN

Rodzi ketika melakukan tinjauan di proses pam keluar air banjir pada Rabu.
Rodzi ketika melakukan tinjauan di proses pam keluar air banjir pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Ciri dan situasi banjir yang berbeza di setiap lokasi menyebabkan cara pengurusan juga berlainan.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, orang ramai tidak boleh membuat andaian setiap tempat diuruskan dengan cara yang sama.

Menurutnya, sebarang tindakan perlu diteliti dan dipertimbangkan terlebih dahulu oleh komander operasi.

“Ciri banjir berbeza antara tempat. Ia tidak sama. Jadi kita tidak boleh buat andaian bahawa keadaan ini diurus begini,” katanya selepas meninjau gerak kerja agensi di Taman Sri Muda, Seksyen 25 pada Rabu.

Menurut beliau, secara keseluruhan pengurusan bencana dilakukan dan berjalan dengan baik.

Jelasnya, semua agensi kerajaan memainkan peranan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk memberi khidmat terbaik.

“Walaupun keluarga mereka dilanda banjir tetapi semua petugas tetap memberi khidmat yang terbaik.

“Cuma pada peringkat awal disebabkan hujan yang terlalu banyak secara tiba-tiba dan mungkin budaya sebelum ini kita tidak menjangka aras air akan naik mendadak menyebabkan kita terperangkap dalam banyak keadaan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!