Israel laksana suntikan keempat vaksin Covid-19
TEL AVIV - Perdana Menteri, Naftali Bennett pada Selasa menyatakan bahawa penduduk Israel yang berusia lebih 60 tahun dan anggota pasukan perubatan layak untuk mendapatkan suntikan vaksinasi Covid-19 kali keempat.
Suntikan kali keempat itu dibuat berikutan cadangan daripada satu jawatankuasa pakar tentang pandemik itu.
Keputusan itu juga dibuat ketika Israel sedang berjuang untuk mengelakkan penyebaran varian baharu Covid-19, Omicron yang ditemui oleh saintis di Afrika Selatan bulan lalu.
Sebelum keputusan tersebut dibuat, Bennett menyatakan saranan oleh Jawatankuasa Pakar Pandemik Israel supaya suntikan Covid-19 yang keempat diberikan kepada penduduk berusia lebih 60 tahun dan anggota pasukan perubatan sebagai 'berita yang indah'.
"Penduduk di Israel merupakan yang pertama di dunia menerima dos ketiga vaksin Covid-19 dan akan terus mempeloporinya dengan kos keempat," kata Perdana Menteri tersebut.
"Dunia akan mengikuti jejak kita," kata Bennet. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!