Insiden tembakan di sekolah Brazil ragut tujuh nyawa
SAO PAULO - BRAZIL . Sekurang-sekurangnya tujuh orang maut susulan insiden tembakan di sebuah sekolah di Brazil.
Kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 pagi waktu tempatan ketika sesi rehat di sekolah Prof Raul Brasil terletak di bandar Suzano, berhampiran Sao Paulo.
Menurut Komander Polis Sao Paulo Marcelo Salles, dua penyerang yang juga bekas pelajar sekolah terbabit menyerbu masuk dan menembak mati dua kakitangan sekolah.
Kedua-dua penyerang berusia 17 dan 25 tahun itu kemudian membunuh lima pelajar dan mencederakan beberapa yang lain sebelum membunuh diri. - BBC
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!