Rekahan tanah di susur keluar Bulatan Melawati
SHAH ALAM - Pengguna jalan raya diminta berhati-hati berikutan terdapat kesan rekahan di tepi laluan susur keluar dari Jalan Persiaran Tengku Ampuan, Seksyen 15 menuruni Bulatan Melawati menuju ke Lebuh Raya Persekutuan arah Klang.
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam kenyataannya memaklumkan, beberapa tindakan dilakukan di laluan berkenaan.
"Tindakan sementara adalah dengan memasang kanvas dan menutup sebelah lorong," katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Rabu.
Gambar mengenai kejadian rekahan tanah di lokasi itu sebelum ini tular di laman media sosial.
Pengguna jalan raya yang memuat naik status di Facebook meminta orang ramai berhati-hati ketika melalui jalan tersebut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!