Bilangan mangsa banjir di Pahang turun

Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chini, Pekan melaksanakan operasi pemindahan mangsa banjir melibatkan 14 mangsa dari Kampung Bunut dan Kampung Pelak, pada Selasa. -Foto JBPM Pahang
Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chini, Pekan melaksanakan operasi pemindahan mangsa banjir melibatkan 14 mangsa dari Kampung Bunut dan Kampung Pelak, pada Selasa. -Foto JBPM Pahang
A
A
A

KUANTAN - Bilangan mangsa banjir yang dipindahkan di negeri ini turun kepada 36,841 mangsa sehingga jam 4 petang berbanding 39, 521 mangsa yang direkodkan jam 2 petang pada Rabu.

Jumlah terkini mangsa yang berada di 267 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) itu melibatkan 10,807 keluarga dari sembilan daerah terjejas.

Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang, Kuantan kekal merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan 14,223 orang daripada 4,151 keluarga diikuti Temerloh (10,806 mangsa daripada 3,034 keluarga), Bentong (4,459 mangsa daripada 1,540 keluarga) Bera (2,017 mangsa daripada 577 keluarga) dan Jerantut (1,744 mangsa dari 453 keluarga)

Sementara itu, Lipis (1,167 mangsa daripada 366 keluarga), Pekan (1,313 mangsa dari 395 keluarga) dan Maran (737 mangsa daripada 195 keluarga) dan Raub (375 mangsa daripada 96 keluarga).

Sebanyak 10 kes kematian direkodkan akibat banjir di negeri ini dengan enam kematian di Bentong, dua di Kuantan dan Temerloh serta satu kes di Raub.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!