Itu bukan kereta ku!

Paparan Facebook dan Twitter Lim Lip Eng.
Paparan Facebook dan Twitter Lim Lip Eng.
A
A
A

KEPONG - Tular beberapa keping foto sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) parkir di tepi jalan berdekatan pejabat Ahli Parlimen Kepong.

Apa yang menariknya, SUV itu parkir secara menyalahi undang-undang hingga mengundang kecaman netizen.

SUV itu parkir bersebelahan papan tanda kenderaan dilarang masuk dan jalan itu juga adalah jalan sehala.

Kereta yang didakwa milik Ahli Parlimen Kepong tular dan seorang pengguna Facebook juga dilihat mengecam tindakan beliau.

"Sebagai seorang YB wakil rakyat dan peguam, tak kan tidak tahu baca papan tanda, ia berlaku kawasan sendiri," katanya.

Namun, Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng menerusi ciapan dalam akaun Twitter rasminya menyangkal dakwaan itu.

Beliau menyatakan, kereta itu bukan miliknya walaupun ia adalah model dan warna seperti mana keretanya.

"Dimaklumkan kereta terbabit bukan milik aku walaupun ia sama model dan sama warna dengan keretaku...

Artikel Berkaitan:

"Rupanya, bekas YB BN pemilik kereta itu," katanya hari ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!