Kejuaraan Cub Prix 2022 kekal 10 pusingan

Gambar kecil: Ron Hogg
Gambar kecil: Ron Hogg
A
A
A

KEJUARAAN Petronas Malaysian Cub Prix 2022 akan berlangsung dalam 10 pusingan seperti mana yang telah dipraktikkan pada musim 2020 dan 2021.

Seperti dua musim terakhir sebelum ini, kejohanan lumba motosikal terbesar negara itu akan tertumpu di tiga litar tetap - Litar Antarabangsa Sepang, Litar Tangkak dan Litar Permotoran Terengganu.

Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd, Ron Hogg berkata, berdasarkan persetujuan dengan semua pihak yang berkaitan, Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas akan lebih mengutamakan penganjuran perlumbaan di litar tetap.

“Mengikut arah baharu yang telah dipersetujui dengan semua pihak yang berkenaan, Kejuaraan Petronas Malaysia Cub Prix akan lebih mengutamakan penganjuran perlumbaan di litar-litar tetap.

“Ada kemungkinan kami akan menganjurkan beberapa perlumbaan di dalam litar sementara seperti dahulu. Namun demikian, litar tetap akan lebih diutamakan untuk menaikkan taraf sukan permotoran Malaysia.

“Kami berharap akan ada lebih banyak fasiliti, infrastruktur sukan permotoran dan litar akan dibina dalam negara ini. Kemudahan-kemudahan ini banyak membantu dalam usaha meningkatkan daya saing sukan permotoran negara.

“Bagi pihak Kejuaraan Petronas Malaysia Cub Prix, kami ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu menyempurnakan kejohanan musim 2021,” katanya.

Bagi saingan musim 2021 menyaksikan pelumba Honda Yuzy Idemitsu Team, Azroy Hakeem Anuar muncul juara keseluruhan CP150 manakala Mohd Adib Rosley daripada Iphone Yamaha YY Pang Racing Team mengungguli kategori CP125.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!