ATM bantu bersih lokasi terjejas banjir

Pasukan ATM yang sedang membersih rumah terlibat dalam banjir
Pasukan ATM yang sedang membersih rumah terlibat dalam banjir
A
A
A

SHAH ALAM - Bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bukan sahaja membabitkan operasi pemindahan malah turut membantu kerja-kerja pembersihan di beberapa lokasi banjir yang terjejas.

ATM melalui kenyataan di Facebooknya memaklumkan, warga ‘Navy People’ dari Bahagian Sumber Manusia Markas Tentera Laut Diraja Malaysia dan warga Kapal Diraja (KD) Sri Gombak bersama memberi bantuan kepada penduduk terjejas.

“Kerja membersihkan Masjid Ar Rahman di Sungai Lui turut melibatkan kerjasama pelbagai pihak termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta sukarelawan individu.

Aktiviti pembersihan sedang giat dijalankan oleh pasukan ATM di beberapa kawasan banjir.
Aktiviti pembersihan sedang giat dijalankan oleh pasukan ATM di beberapa kawasan banjir.

“Rumah warga ‘Navy People’ yang terjejas akibat banjir juga turut diberi bantuan pembersihan,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, pada Selasa, ATM telah melaksanakan Ops Murni di kawasan terjejas banjir di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Terengganu dan Kelantan.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, seramai 63 pegawai dan 856 anggota termasuk kumpulan sokongan telah diaturgerakkan bagi melaksanakan tugas bantuan menyelamat dan memindahkan mangsa banjir.

Artikel Berkaitan:

Pasukan ATM sedang mengumpul sampah yang perlu dibuang akibat banjir.
Pasukan ATM sedang mengumpul sampah yang perlu dibuang akibat banjir.

Beliau memberitahu, ATM sentiasa bersedia dengan kekuatan satu kompeni iaitu lima pegawai dan 97 anggota yang diletakkan dalam keadaan kesiapsiagaan di setiap negeri untuk diatur gerak ke lokasi terjejas banjir apabila terdapat keperluan tambahan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!