Piala Liga: Chelsea, Tottenham, Liverpool mara

Jorginho antara pencetak gol buat Chelsea.
Jorginho antara pencetak gol buat Chelsea.
A
A
A

CHELSEA yang menampilkan beberapa produk akademi The Blues menewaskan Brentford 2-0 di Stadium Komuniti Brentford untuk mara ke separuh akhir Piala Liga.

Gol sendiri 10 minit sebelum tamat jaringan Pontus Jansson memecah kebuntuan di laman The Bees sebelum sepakan penalti Jorginho (85') memastikan kemenangan skuad kendalian Thomas Tuchel.

Sementara itu, gol Steven Bergwijn (29') dan Lucas Moura (34') membolehkan Tottenham Hotspur kendalian Antonio Conte memadam jaringan penyamaan

Jarrod Bowen bagi mengatasi West Ham United 2-1 di London dalam satu lagi perlawanan.

Liverpool juga turut mengesahkan tempat separuh akhir selepas bangkit penuh bergaya menerusi penentuan sepakan penalti 5-4 ke atas Leicester City di Anfield.

Pelawat kendalian Brendan Rodgers terlebih dulu selesa selepas dua jaringan Jamie Vardy dan percubaan James Maddison memadamkan jaringan Alex Oxlade-Chamberlain memberikan The Foxes pendahuluan 3-1 separuh masa.

Tetapi Liverpool kemudian bangkit diketuai jaringan pemain gantian Diogo Jota (68') dan Takumi Minamino (95'), membawa perlawanan ke penentuan sepakan penalti.

Penjaga gol simpanan Liverpool, Caoimhin Kelleher, muncul wira The Reds apabila menyelamatkan sepakan Luke Thomas dan Ryan Bertrand.

Artikel Berkaitan:

KEPUTUSAN PIALA LIGA

SUKU AKHIR

Liverpool 3-3 Leicester City (penalti: 5-4)

Brentford 0-2 Chelsea

Tottenham 2-1 West Ham

SEPARUH AKHIR

Arsenal lwn Liverpool

Chelsea lwn Tottenham

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!