Jatuh laut ketika diserang sawan

Sebahagian anggota terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa sedang berbincang sesuatu di lokasi pencarian - Foto: Ihsan polis, gambar kecil: Toleh Juemae
Sebahagian anggota terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa sedang berbincang sesuatu di lokasi pencarian - Foto: Ihsan polis, gambar kecil: Toleh Juemae
A
A
A

DUNGUN - Seorang nelayan warga Thailand dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh daripada bot, di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Dungun, malam Rabu.

Mangsa, Toleh Juemae, 31, berasal dari Pattani, dikatakan diserang sawan sebelum terjatuh daripada bot berkenaan.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sebelum kejadian kira-kira jam 7 malam, mangsa dikatakan sedang berehat sambil berbaring dan melihat telefon bimbit di bahagian belakang sebuah bot yang berlabuh di jeti itu.

"Mangsa kemudian dikatakan diserang sawan secara tiba-tiba dan terjatuh daripada bot terbabit, " katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, malam Rabu.

Turut hadir, Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Dungun, Shahrizal Shamsudin.

Baharudin berkata, ada individu yang juga saksi kejadian cuba menyelamatkan mangsa namun gagal.

"Operasi mencari dan menyelamat mangsa dilakukan melibatkan 30 penyelamat termasuk polis, bomba, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM)

"Setakat jam 11 malam, usaha mencari dan menyelamat mangsa masih belum berhasil," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!