37 korban banjir, 10 lagi hilang
PETALING JAYA- Seramai 37 mangsa meninggal dunia akibat banjir di seluruh negara, sehingga pagi ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata 10 lagi mangsa masih hilang serta operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan hari ini.
Katanya, 68,341 mangsa banjir direkodkan di PPS seluruh negara libatkan 18,80 keluarga setakat ini.
Tujuh negeri masih terjejas hari ini dengan Pahang yang paling teruk terkesan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!