[VIDEO] Mangsa banjir kedua di Pahang masih belum ditemui

Beberapa lokasi di Pahang terjejas teruk akibat banjir. - Gambar hiasan
Beberapa lokasi di Pahang terjejas teruk akibat banjir. - Gambar hiasan
A
A
A

KUANTAN - Seorang lelaki yang dikhuatiri lemas dibawa arus deras ketika terjun di Sungai Sri Damai di sini pada Sabtu lalu masih belum dijumpai.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, operasi mencari dan menyelamat sudah memasuki hari keenam dengan kekuatan seramai 22 anggota bomba dan dan polis serta beberapa penduduk setempat.

Menurutnya, pencarian diperluaskan dan dibahagikan kepada tiga kumpulan.

"Satu pasukan membuat pencarian di kawasan ladang sawit dengan anggaran keluasan 10 hektar manakala dua kumpulan menjalankan pencarian sepanjang sungai terutama di kawasan Sungai Belat pada jarak dianggarkan antara 12 kilometer (km) sehingga 20km menggunakan dua bot," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Satu lalu, seorang lelaki dikenali sebagai Mohd Firdaus Supiardi, 26, dari Jaya Gading dilaporkan dihanyutkan arus deras selepas terjun daripada jambatan Sungai Belat di Kampung Sri Damai, kira-kira jam 12.15 tengah hari.

Berdasarkan maklumat saksi mangsa datang ke lokasi dengan menunggang motosikal dan bertindak terjun ke sungai itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!