AS lulus pil anti-Covid-19 keluaran Pfizer

Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat meluluskan penggunaan pil anti-Covid-19 ketika varian baharu, Omicron semakin menular. - Foto AFP
Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat meluluskan penggunaan pil anti-Covid-19 ketika varian baharu, Omicron semakin menular. - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) pada Rabu meluluskan penggunaan pil antiCovid-19 keluaran Pfizer untuk golongan yang berisiko tinggi dan berusia 12 tahun ke atas.

Ia selepas berlaku lonjakan kes akibat varian baharu, Omicron sehingga mengancam rancangan percutian penduduknya.

Dua jenis pil yang dikenali sebagai Paxlovid diluluskan sebagai penggunaan semasa kecemasan oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) milik AS.

Kelulusan itu diberikan setelah berjaya mengurangkan risiko kemasukan ke hospital dan kematian dalam kalangan individu berisiko sebanyak 88 peratus dalam ujian klinikal.

"Tindakan hari ini (Rabu) adalah bukti kekuatan sains dan hasil inovasi dan kepintaran Amerika," kata Presiden AS, Joe Biden dalam satu kenyataan serta berjanji untuk menggunakan undang-undang yang akan membantu Pfizer meningkatkan pengeluaran pil tersebut dengan cepat.

Kebenaran itu berlaku kerana kes-kes melonjak di seluruh AS yang didorong oleh Omicron iaitu varian paling menular sehingga kini. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!