Kelantan masih buka lapan PPS
KOTA BHARU - Sebanyak lapan pusat pemindahan sementara (PPS) masih di buka di negeri ini melibatkan daerah Pasir Mas berbanding Rabu iaitu sebanyak 10 PPS.
Jumlah berkenaan dilihat semakin berkurang selepas beberapa daerah di negeri ini tidak mengalami hujan sejak Isnin lalu.
Menurut infobencana.jkm, sehingga jam 10 pagi Khamis, lapan PPS berkenaan menempatkan 1,559 orang mangsa daripada 532 keluarga.
Sementara itu, laman infobanjir memaklumkan Sungai Golok di Rantau Panjang mencatatkan bacaan air melepasi paras amaran iaitu 8.81 meter berbanding Rabu di paras bahaya.
Mangsa yang berpindah ke PPS dinasihatkan untuk terus menjaga prosedur operasi standard (SOP) dengan memakai pelitup muka dan penjarakan sosial sebaik mungkin.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!