Masa mungkin berubah jika bumi berputar lebih cepat

Bumi berputar lebih cepat berbanding kira-kira 50 tahun lalu. - Foto NASA
Bumi berputar lebih cepat berbanding kira-kira 50 tahun lalu. - Foto NASA
A
A
A

LONDON - Bumi berputar lebih cepat berbanding kira-kira 50 tahun lalu dan jika ia terus berlaku seorang saintis di United Kingdom (UK) menyatakan satu saat mungkin perlu 'disingkirkan' dari jam atom iaitu penjaga masa dunia.

Seorang saintis Makmal Fizikal Nasional UK, Peter Whibberley telah memberi amaran bahawa jika kadar putaran meningkat lebih laju, kawalan saat mungkin diperlukan.

Mengikut pengiraan sains, pada setiap hari, bumi mengandungi 86,400 saat tetapi putarannya tidak seragam.

Jam atom sangat tepat dan ia mengukur masa melalui pergerakan elektron dalam atom.

Sebelum ini tidak pernah ada penyingkiran detik atau saat dari jam atom sejak ia dicipta pada tahun 1950-an.

Bumi berputar sebanyak 420 kali dalam setahun sejak berjuta-juta tahun lalu tetapi kini ia berputar 365 kali dalam setahun- Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!