Banjir: Paras air turun selepas besarkan muara Sungai Lanchang

Tindakan kerajaan membesarkan muara Sungai Lanchang berhampiran dengan Sungai Golok di Rantau Panjang pada Rabu memberikan kesan positif apabila paras banjir yang melanda beberapa buah kampung sebelum ini mulai surut.
Tindakan kerajaan membesarkan muara Sungai Lanchang berhampiran dengan Sungai Golok di Rantau Panjang pada Rabu memberikan kesan positif apabila paras banjir yang melanda beberapa buah kampung sebelum ini mulai surut.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Tindakan kerajaan membesarkan muara Sungai Lanchang berhampiran dengan Sungai Golok di sini pada Rabu memberikan kesan positif apabila paras air banjir yang melanda beberapa buah kampung sebelum ini mulai surut.

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, kerja-kerja yang bermula pada petang Rabu itu menyaksikan paras air mulai menurun.

"Alhamdulillah usaha yang kita lakukan ini membuahkan hasil apabila air dari Sungai Lanchang dapat mengalir terus ke Sungai Golok dengan begitu cepat sekali," katanya kepada pemberita selepas turun padang menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang terjejas dengan banjir di Kampung Lubok Gong di sini pada Khamis.

Menurutnya, penduduk telah memaklumkan air mulai surut sebanyak 0.3 meter sejak subuh tadi.

Beliau berkata, cuaca baik juga dilihat dapat membantu mempercepatkan lagi proses itu sekaligus memberikan kesan baik kepada penduduk.

Siti Zailah berkata, menerusi lawatan bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan di kampung terlibat, pihaknya telah menyediakan beberapa pelan jangka pendek dan panjang untuk mengatasi masalah ini.

Siti Zailah (kiri) turun padang menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang terjejas dengan banjir di Kampung Lubok Gong di Rantau Panjang pada Khamis.
Siti Zailah (kiri) turun padang menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang terjejas dengan banjir di Kampung Lubok Gong di Rantau Panjang pada Khamis.

"Kita juga akan sediakan pam untuk mengepam air di kawasan yang bertakung dan melepaskannya ke Sungai Golok.

Artikel Berkaitan:

"Jika tidak berfungsi dengan baik, kita akan memperbanyakkan pintu-pintu air yang boleh mengurangkan risiko banjir," katanya.

Menurutnya, projek tebatan banjir masih lagi dalam pembinaan dan belum siap sepenuhnya.

Beliau berkata, projek tersebut baharu siap separuh dan satu pembinaan (benteng) seperti yang ada ketika ini akan dibuat bagi membolehkan air tidak lagi masuk ke penempatan penduduk.

Katanya, benteng kiri kanan itu nanti akan membolehkan air terus mengalir ke Sungai Golok, bukannya ke kawasan kampung.

Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan lebih 1,000 penduduk di sembilan buah kampung di Rantau Panjang terkejut dengan situasi yang menimpa mereka apabila air tetap melimpah sehingga kedalaman tiga meter walaupun sudah tiga hari tiada hujan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!