Puspahanas bakal jadi pusat pertahanan elit

Affendi (kanan) menyampaikan Anugerah Peserta Kursus Terbaik Keseluruhan kepada Leftenan Kolonel Ir. Suthan Venkatachalam pada Majlis Graduasi dan Penyampaian Diploma Maktab pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) siri 41/2021 di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), pada Khamis. - Foto Bernama
Affendi (kanan) menyampaikan Anugerah Peserta Kursus Terbaik Keseluruhan kepada Leftenan Kolonel Ir. Suthan Venkatachalam pada Majlis Graduasi dan Penyampaian Diploma Maktab pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) siri 41/2021 di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), pada Khamis. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) akan dijadikan pusat pertahanan elit bagi memperkasakan usaha dalam menghadapi sebarang ancaman.

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, pusat itu juga akan melakarkan satu pelan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terutamanya bahawa keselamatan adalah tanggungjawab bersama supaya negara lebih bersedia menghadapi ancaman luar.

"Kesedaran tentang aspek keselamatan adalah tanggungjawab semua, namun dalam kalangan masyarakat masih kurang. Dengan adanya kesedaran ini kita boleh melangkah ke satu tahap di mana negara bersedia untuk menghadapi segala ancaman daripada luar.

"Yang penting kita hendak memberitahu masyarakat bahawa keselamatan ini bukan pertahanan sahaja, tetapi melibatkan aspek lain contohnya keselamatan makanan, air dan tenaga. Perkara ini harus diletakkan asas yang kukuh," katanya kepada media selepas majlis penutup kursus dan penyampaian diploma Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) siri 41 kepada 63 orang, di siniPada Khamis.

Kompleks Puspahanas, yang terletak di Presint 1 di sini, merupakan pusat pengajian Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dibangunkan sebagai sebuah kolej pengajian yang moden dan beroperasi sepenuhnya pada Januari 2020.

Kompleks itu menempatkan tiga maktab iaitu Maktab Ketahanan Nasional (MKN), MPAT dan Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT).

Affendi berkata, perancangan sedang dilakukan untuk memperhebatkan kursus MKN untuk melibatkan penyertaan peserta luar menjelang 2024. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!