Exco bakal tawan Everest
SEREMBAN - Exco Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Bakri Sawir mencabar diri mendaki Kem Induk Everest (EBC) di Lobuche Timur yang berketinggian 6,111 meter dari aras laut, Ahad ini.
Beliau yang berusia 60 tahun, bakal menjayakan Ekspedisi Mendaki EBC bersama rakannya, Che Kamaruddin Mamat, 67, selama 15 hari.
Adun Kuala Klawang itu mula aktif menyertai aktiviti mendaki sejak 2008, menyifatkan ia untuk menimba pengalaman dan mendidik masyarakat amal gaya hidup sihat.
"Rekod saya sudah empat kali daki Gunung Kinabalu dan mendaki semua gunung utama di Negeri Sembilan.
"Saya yakin dapat melepasi cabaran itu selepas menjalani pelbagai latihan," katanya, semalam.
Katanya, rancangan mendaki EBC tertangguh dua kali sejak 2015 dan harap direalisasikan kali ini.
Hasratnya itu mendapat sokongan kerajaan negeri, Yayasan Autisme Malaysia dan Malaysia Outdoor Recreation United.
"Ekspedisi ini sebagai mendidik masyarakat agar kekal sihat dan bertenaga walaupun di usia emas," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!