Medium kesatuan, ukhuwah

Shahrul Aman
Shahrul Aman
A
A
A

SHAH ALAM - Misi #BantuanBencana Sinar Harian x Rasuah Busters menjadi medium kesatuan dan ukhuwah antara masyarakat.

Naib Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Shahrul Aman Mohd Saari berkata, pihaknya menghargai platform yang menggabungkan kerjasama terbesar dalam badan Rasuah Busters.

Menurutnya, di samping membawa misi bantu mangsa banjir, ia juga menjadi mesej mengenai rasuah dengan cuba mendidik rakyat dan berinteraksi bersama masyarakat setempat.

"Kita harap lebih banyak badan bukan kerajaan (NGO) menyertai misi bantuan ini. Kita perlukan sokongan moral dan teruskan agenda mendidik rakyat.

"Jika rasuah tidak dibendung, hal-hal sebegini akan berlaku, contohnya sistem pengairan serta perbandaran yang tidak sistematik akan menatijahkan masalah seperti ini.

"Kita harap mereka (mangsa) dapat bangkit lebih kuat daripada sebelum ini," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui semasa misi bantuan di Kampung Kebun Bunga, Batu 3 di sini pada Khamis.

Tambahnya, ada juga warga asing yang menyatakan hasrat menyertai misi berkenaan termasuk warga Palestin dan Syria yang menyatakan sokongan kepada mangsa terjejas.

Sementara itu, Naib Presiden 2 Pemuda Gema Pusat, Mohd Amar Masuri berkata, ini hari kelima kali pihaknya menghantar bantuan yang dimulakan di Petaling Jaya sejak Ahad lalu.

Artikel Berkaitan:

Mohd Amar
Mohd Amar

Ujarnya, pada masa sama pihaknya juga memberi sumbangan wang tunai bergantung kepada kerosakan rumah itu.

"Kami telah memulakan tugas mengikut fasa iaitu mengemas dan memberi keselesaan dengan mengedar bantal dan selimut.

"Kita akan cuba bantu sehingga bencana tamat. Ada beberapa lokasi yang masih belum sempat surut dan kami akan mengajak seberapa ramai sukarelawan untuk bekerjasama dengan banyak pihak meneruskan misi sehingga boleh atasi dan membantu semua mangsa yang terjejas," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!