Program Rekalibrasi Pulang PATI dilanjut hingga 30 Jun

Khairul Dzaimee Daud
Khairul Dzaimee Daud
A
A
A

PUTRAJAYA - Program Rekalibrasi Pulang pendatang tanpa izin (PATI) dilanjutkan hingga 30 Jun tahun depan.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud dalam kenyataan pada Khamis berkata, pelanjutan program tersebut dipersetujui oleh Jemaah Menteri dalam mesyuarat yang berlangsung semalam.

Menurutnya, seramai 192,281 orang pendatang tanpa izin telah berdaftar untuk pulang secara sukarela menerusi program yang dilancarkan pada Disember 2020 hingga Selasa lepas.

Tiga negara mencatatkan jumlah pendaftaran tertinggi ialah Indonesia (99,047), Bangladesh (26,821) dan India (23,844).

“Daripada jumlah itu, seramai 162,827 orang PATI telah pulang ke negara asal,” katanya.

Khairul Dzaimee menasihatkan PATI pendatang tanpa izin untuk hadir ke kaunter program berkenaan dalam tempoh 24 jam dan tidak datang terlalu awal bagi mengelakkan kesesakan di lapangan terbang atau terminal jeti.

Sebelum ini, kerajaan melancarkan Program Rekalibrasi Pulang iaitu program yang membenarkan PATI untuk pulang ke negara asal secara sukarela tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang ditetapkan.

Syarat untuk menyertai Program Rekalibrasi Pulang ialah memiliki dokumen perjalanan sah yang diluluskan kedutaan masing-masing dan memiliki tiket penerbangan atau feri untuk pulang ke negara asal.

Artikel Berkaitan:

Mereka juga perlu membayar kompaun RM500 sama ada menerusi kad debit, kad kredit atau Touch ‘n’ Go e-Wallet sahaja, dan mempunyai slip ujian saringan Tindak Balas Berantai Polimerase (RT-PCR) yang sah laku dalam tempoh 72 jam dari berlepas. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!