Filem Raj Of The East akhirnya ditayangkan...

No Image Caption
A
A
A

BEKAS penerbit dan pengarah Radio Televisyen Malaysia (RTM), Tan Sri Adam Kadir teruja kerana filem berunsur sejarah, Raj of The East bakal ditayangkan kepada umum.

Beliau berkata, sejak dahulu lagi suka membaca dan menonton filem dan apabila menjadi seorang pengarah filem, dua perkara tersebut dapat memberikan kepuasan kepada dirinya.

Meskipun filem itu sepatutnya ditayangkan lima tahun lalu namun disebabkan beberapa faktor dalaman, tayangan filem itu terpaksa ditunda untuk menghasilkan buah tangan pertama yang dapat memuaskan hatinya.

“Sebenarnya filem tersebut sudah disiapkan lama tapi ada beberapa teknik dari segi pembikinan yang perlu ditambah baik lagi.

“Dalam proses itu juga saya terpaksa membeli beberapa software baharu untuk mencantikkan lagi naskhah berkenaan.

“Jadi sebab itulah ia memakan masa yang lama untuk menerbitkan Raj of The East ini. Alhamdulillah hari ini terlaksana,” ujarnya.

Selain berharap masyarakat akan lebih terbuka untuk menonton filem seumpama itu, Adam yang ditemui ketika malam gala filem Raj of The East turut memberitahu, filem ini masih belum ada tarikh tetap untuk ditayangkan.

Artikel Berkaitan:

Tayangan perdana filem Raja of The East .
Tayangan perdana filem Raja of The East .

“Saya boleh katakan ini sebagai percubaan pertama untuk penonton menyaksikan sebuah filem berunsur ala-sejarah. Sebelum ini, penonton hanya didedahkan dengan tayangan-tayangan komersial sahaja, oleh sebab itu cuba saksikan filem yang dapat memberi manfaat.

“Harap orang suka akan cerita sejarah sebegini sebab saya mahu menjadikan ia sebagai tradisi untuk generasi masa kini dan hadapan.

“Begitupun, tarikh untuk tayangan saya akan runding terlebih dahulu dengan pihak pengedar. Selepas itu baru saya akan maklumkan tarikh,” jelasnya.

Mengenai kos pembikinan filem, meski ia menelan belanja yang besar namun Adam sendiri ringan tulang menjadi pengarah filem itu.

“Tentang kos pembikinan, adalah dalam jutaan ringgit. Tetapi ia menjadi rendah apabila saya sendiri yang mengambil bahagian untuk mengarah, menulis skrip dan menerbitkan filem ini sendiri,” akuinya teruja.

Sementara itu, Miss Malaysia, Datuk Yasmin Yusoff selaku watak utama sebagai Nong, bercakap mengenai pengalaman dalam menjayakan filem Raj of The East, mengakui tercabar untuk menggalas tanggungjawab yang diberikan pengarah.

“Filem ini sejujurnya memang lain daripada yang lain dan ia menarik sebab yang pertamanya berlakon dalam bahasa Inggeris serta kali pertama untuk di Malaysia.

No Image Caption

“Manakala yang keduanya dapat berlakon dengan para pelakon luar negara yang senang bekerjasama.

“Seterusnya dari segi pengarahan saya diberikan kebebasan untuk beraksi dan itu juga satu cabaran untuk saya sebab sebelum ini selalunya diarah sahaja.

“Watak saya agak berat di mana kena menangis. Tak pernah ada pengalaman sebegitu, kira pengalaman baru buat saya,” katanya.

Antara barisan pelakon terdiri daripada Ellie Suriaty, Datuk Rahim Razali, Rashidi Ishak Adeline Tsen dan ramai lagi.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir ke Majlis Tayangan Perdana Filem Raj of The East di pawagam TGV, Suria KLCC, ditemani isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!